Bestinet Memenangi Anugerah Inovasi Digital Terbaik Dunia


Sebuah firma yang berasal daripada Malaysia, Bestinet Sdn Bhd yang membangunkan sistem multitouch-point telah memenangi anugerah daripada World Summit Award (WSA) untuk membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memenuhi Sustainable Development Goals. Bestinet Sdn Bhd telah membentangkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing, yang juga dikenali sebagai Foreign Workers Centralised Management System/FWCMS atau Migrams, adalah antara 39 projek dari 24 negara yang dibentangkan di Kongres Global Kerajaan & Citizen Engagement Award (WSA) Award Dunia di Vienna, Austria pada Khamis yang lalu.

Bestinet Rai Anak Yatim

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet, Ismail Mohd Noor (kanan sekali) berkata sistemnya direka bentuk untuk membantu proses pematuhan dan pengawalseliaan yang berkait dengan pekerja asing – dari proses pemilihan pekerja asing kepada pemulangan pekerja asing selamat pulang ke tempat asal mereka.

“FWCMS atau Migrams adalah sistem yang menekankan empat komponen teras – keselamatan, kesihatan, kebajikan dan pematuhan hanya dalam satu sistem pengurusan tunggal sahaja.” Ismail Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet.

Pengerusi WSA, Peter A. Bruck berkata, anugerah tersebut diberikan atas kejayaan dan kecemerlangan dalam membangunkan solusi digital yang memberikan kesan positif kepada masyarakat. Seramai 42 pemenang dari 24 negara telah berjaya mendapatkan anugerah daripada 400 pencalonan dari 180 negara.


DEWVATION
Source