Pegang Prinsip Percaya Naluri

Bestinet Rai Anak Yatim

Kuala Lumpur: Prinsip percaya pada naluri dan ia akan membuahkan hasil yang lebih bernas menjadi pegangan Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet Payment Services (BestPay), Fadzly A Wahab dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Baginya, ia adalah satu - satunya yang membuat kelainan dalam keputusan dan hasil dalam apa yang dilakukan.

“Sikap dan pemikiran positif didorong oleh naluri yang teguh akan menolong kita melakukan tugasan dengan mudah dan membawa hasil yang lebih baik.”

“Saya juga kurang gemar sikap individu yang hipokrit dan negatif. Bagi saya sikap negatif membatalkan semua kemahiran yang dimiliki seseorang.”

“Seorang pemimpin berkaliber haruslah mempunyai keseimbangan dari segi EQ dan IQ,” katanya.

Mula berkhidmat dengan Bestinet Sdn Bhd selama lima tahun, Fadzly kini melebarkan sayapnya meneraju BestPay dan mengambil alih tugasan yang lebih luas dan mencabar sejak awal tahun ini.

Mempunyai latar belakang yang sangat impresif dalam pelbagai bidang, anak bongsu daripada empat beradik ini mahu membawa BestPay ke tahap antarabangsa dengan teknologi applikasi mudah alih.

Katanya, BestPay dengan kerjasama syarikat antarabangsa dari Singapura memperkenalkan applikasi BestLala (wang maya) yang boleh digunakan semua lapisan masyarakat.

“Dengan pembangunan teknologi kewangan yang semakin menular luas kini, saya yakin masa depan akan lebih banyak menggunakan wang maya serta blockchain.”

“Perkembangan semasa sentiasa berubah dengan pembangunan applikasi yang penuh persaingan. Pembangunan teknologi yang tiada kekangan serta trending FinTech yang menjadi bualan perniagaan ini, memberikan suntikan positif yang lebih kepada kami.”

“Kami di Bestpay yakin dengan kebolehan dan kerjasama sedia ada dan akan menjadikan Bestpay sebagai pemangkin FinTech di Malaysia dan juga diiktiraf secara global dalam mewujudkan ekosistem tanpa tunai menerusi aplikasi dan perkhidmatan inovatif,”katanya.


HM Digital
Source