Bestinet Raih Anugerah World Summit

Bestinet Rai Anak Yatim

KUALA LUMPUR: Bestinet Sdn Bhd menjadi syarikat tunggal Malaysia meraih anugerah berprestij pada majlis Anugerah World Summit di Vienna, Austria baru-baru ini mengalahkan lebih 400 penyertaan dari 180 negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mohd Noor, berkata anugerah yang diterima pihaknya melalui kategori Government And Citizen Engagement itu bagi projek digital Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing yang juga dikenali sebagai MIGRAMS (FWCMS / MIGRAM).

Beliau berkata, ia juga diiktiraf sebagai 40 projek digital terbaik di dunia yang membantu memenuhi matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Bestinet diiktiraf antara yang terbaik bersama 39 projek dari 24 negara yang mempamerkan amalan terbaik dunia dalam inovasi digital dengan memberi kesan kepada masyarakat melalui FWCMS / MIGRAMS.”

“Anugerah ini satu lagi penghargaan kepada syarikat dalam inovasi digital.”

“FWCMS / MIGRAMS adalah sistem yang menyoroti empat komponen utama iaitu keselamatan, kesihatan, kebajikan dan pematuhan dalam sistem pengurusan tunggal yang bersatu, memberi manfaat kepada semua pemegang berkepentingan.”

“Kami kini yakin berada tahap kukuh menjadi pembekal perkhidmatan teknologi maklumat terbaik di Malaysia dan di peringkat global," katanya dalam satu kenyataan.

FWCMS / MIGRAMS adalah sistem holistik dalam talian sepenuhnya yang direka bentuk membantu pengguna dan pihak berkepentingan dalam proses pematuhan dan pengawalseliaan berkaitan dengan pekerja asing dari pemilihan, pengambilan, pengurusan berkala, pemantauan serta memastikan pekerja pulang dengan selamat.

Penyelidikan dan pembangunan FWCMS / MIGRAMS membabitkan cabaran dan dalam tempoh yang panjang bagi membangunkan penyelesaian berpusat dengan kerjasama lebih daripada 13 buah negara serta pihak berkuasa.


Berita Harian Online
Source