Bestinet Rai Anak Yatim

Bestinet Rai Anak Yatim

KUALA LUMPUR: Jelas terpancar keceriaan di wajah 85 anak yatim dari Rumah Perlindungan Al-Nasuha apabila mereka diraikan pada majlis berbuka puasa yang penuh meriah anjuran Bestinet Sdn Bhd.

Kehadiran anak yatim berusia 4 hingga 16 tahun di majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu baru-baru ini turut diiringi 13 penjaga dari rumah perlindungan itu.

Selain meraikan anak yatim, majlis berbuka puasa itu turut dihadiri lebih 350 kakitangan Bestinet dan anak syarikatnya.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Pengerusi Kumpulan Bestinet, Datuk Sri Mohd Amin Abdul Nor dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mohd Noor.

Ismail berkata, majlis berbuka puasa bersama anak yatim itu adalah kali ketiga dianjurkan syarikatnya.

"Ini tahun ketiga Bestinet mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Insya Allah acara ini akan menjadi tradisi bagi Bestinet untuk meraikan mereka yang memerlukan."

"Kesempatan ini juga kami gunakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin antara pihak pengurusan dan kakitangan serta keluarga mereka." katanya.

Selain berbuka puasa, Ismail turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan guru pengiring.

Bestinet Rai Anak Yatim BESTINET meraikan anak yatim dari Rumah Perlindungan Al-Nasuha di PWTC, baru-baru ini.


Bagi meringankan perbelanjaan menjelang perayaan Aidilfitri, Bestinet turut menyumbang dua hamper dan baucar kepada guru pengiring.

Ismail berharap sumbangan ini dapat menceriakan lagi sambutan Aidilfitri anak- anak Rumah Perlindungan Al-Nasuha.

Pada majlis itu, tetamu turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah selepas berbuka puasa bersama.

Bestinet Rai Anak Yatim INI tahun ketiga Bestinet mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim.


Bestinet adalah syarikat yang dibangunkan pada 2008 dan menjalankan projek digital Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing yang juga dikenali sebagai MIGRAMS (FWCMS/MIGRAM)

FWCMS/MIGRAMS adalah sistem holistik dalam talian sepenuhnya yang direka bentuk membantu pengguna dan pihak berkepentingan dalam proses pematuhan dan pengawal seliaan berkaitan dengan pekerja asing daripada pemilihan, pengambilan, pengurusan berkala, pemantauan serta memastikan pekerja pulang dengan selamat.

Penyelidikan dan pembangunan FWCMS/MIGRAMS membabitkan cabaran dan dalam tempoh yang panjang bagi membangunkan penyelesaian berpusat dengan kerjasama lebih dari 13 negara serta pihak berkuasa


BERITA HARIAN ONLINE
Source